Search This Blog

Loading...

Sunday, December 4, 2011

Ekspo Flora Klang 2011 pada 2-4 Disember Part 2


Pintu masuk ke Expo Flora Klang 2011 yang sedang diadakan di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang.


Lukisan berwana-warni di papan ini sangat sesuai untuk mengambil gambar foto dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.



Khemah-khemah karnival jualan dan pameran. Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman, peralatan kahwin untuk pengantin baru, pakaian dan alat-alat permainan kanak-kanak. Kemudahan seperti tempat parkir dan tandas bergerak juga sedia ada.


Bunga-bunga angerik yang menarik dari Lum Chin Orchid Garden Sdn Bhd.
Anggerik-anggerik yang berbunga dan di dalam pasu yang paling murah ialah RM 8.00 satu.




Pokok-pokok cili ini disiram air and dibaja dengan mengunakan alat "DIY mini fertigasi" di pondok Green Agro World.


Baja-baja organik, baja cair, tanah, biji benih dan juga racun serangga di antara barang-barang yang dijual.

Produk dan pokok stevia pula dijual oleh syarikat Agro Sweet Paklong. Pokok stevia muda dalam beg hitam (polybag) dijual dengan harga RM 10.00 satu.



Pokok-pokok hutan, herba dan buah-buahan tropika dari NHY Nursery. Terdapat pokok-pokok mas cotek jantan dan betina, kacip fatima, ekor kucing, kunyit hitam, longan "ping-pong", nangka dan limau nipis.



Pembekal ini (Medinar Enterprise) menjual pelbagai produk-produk Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa), misalnya pokok muda, daun kering dalam pek uncang atau racik. Harga bermula dari RM 15.00 satu paket/berkas.


Persembahan lagu dan tarian memeriahkan lagi suasana ekspo.


Acara senamrobik bersama jurulatih dari Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada pagi ini. 

1 comment:

  1. Wow, besides Putrajaya Flora ... thanks ! nampak not bad !

    ReplyDelete

Anonymous users, please type your name. Biz links will be automatically deleted. If you wish to advertise or include your link, please write in to my email address at mynicegardenblog[at]gmail.com.