Pintu masuk ke Expo Flora Klang 2011 yang sedang diadakan di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang.
Lukisan berwana-warni di papan ini sangat sesuai untuk mengambil gambar foto dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.
Khemah-khemah karnival jualan dan pameran. Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman, peralatan kahwin untuk pengantin baru, pakaian dan alat-alat permainan kanak-kanak. Kemudahan seperti tempat parkir dan tandas bergerak juga sedia ada.
Bunga-bunga angerik yang menarik dari Lum Chin Orchid Garden Sdn Bhd.
Anggerik-anggerik yang berbunga dan di dalam pasu yang paling murah ialah RM 8.00 satu.
Anggerik-anggerik yang berbunga dan di dalam pasu yang paling murah ialah RM 8.00 satu.
Pokok-pokok cili ini disiram air and dibaja dengan mengunakan alat "DIY mini fertigasi" di pondok Green Agro World.
Baja-baja organik, baja cair, tanah, biji benih dan juga racun serangga di antara barang-barang yang dijual.
Produk dan pokok stevia pula dijual oleh syarikat Agro Sweet Paklong. Pokok stevia muda dalam beg hitam (polybag) dijual dengan harga RM 10.00 satu.
Pokok-pokok hutan, herba dan buah-buahan tropika dari NHY Nursery. Terdapat pokok-pokok mas cotek jantan dan betina, kacip fatima, ekor kucing, kunyit hitam, longan "ping-pong", nangka dan limau nipis.
Pembekal ini (Medinar Enterprise) menjual pelbagai produk-produk Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa), misalnya pokok muda, daun kering dalam pek uncang atau racik. Harga bermula dari RM 15.00 satu paket/berkas.
Persembahan lagu dan tarian memeriahkan lagi suasana ekspo.
Acara senamrobik bersama jurulatih dari Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada pagi ini.
Wow, besides Putrajaya Flora ... thanks ! nampak not bad !
ReplyDelete