Search This Blog

Monday, December 5, 2016

Panduan ke pameran Ekspo MAHA 2016 di MAEPS Serdang Selangor



Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) sedang berlangsung sekarang.

Tarikh pameran antarabangsa MAHA 2016 :  1-11 Disember 2016.
Tempat MAHA 2016 : MAEPS (Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang), Selangor.

Tema MAHA 2016 :  "Our Food Our Future".


Bagaimana pergi ke MAHA 2016:
1. KERETA : Pengunjung boleh masuk melalui Laman Tiba 1 (dari Hospital Serdang) atau Laman Tiba 2 (dari leburaya SKVE). 

WAZE : "MAEPS Serdang" atau "MAHA 2016".

Anda dikehendaki meletakksn kereta di kawasan pakir MAEPS and seterusnya berjalan kaki ke pintu masuk Laman Tiba 1 atau Laman Tiba 2. Caj pakir sekali masuk yang dikenakan ialah RM 5 (kereta) dan RM 2 (motosikal).

2. PENGANGKUTAN AWAM KE MAHA 2016: Bas ulang-alik (perkhimatan shuttle servis) percuma Rapid KL dari stesen KTM komuter Serdang dan di Pusat beli belah IOI City Mall Putrajaya. 


3. MASUK PERCUMA

4. Setelah masuk ke dalam tapak ekspo, pengangkutan percuma iaitu tram dan bas RapidKL akan membawa pengunjung-pengunjung ke lokasi-lokasi yang berbeza mengikut Laluan (Route) A,B,C,D, atau E.


5. Anda boleh beli "Show Guide" atau Brosur/Panduan MAHA 2016 yang berharga RM 1 di kaunter-kaunter Laman Tiba 1 dan Laman Tiba 2. Brosur ini mengandungi Peta Lokasi MAHA 2016, jadual waktu aktiviti harian and keterangan ringkas mengenai tarikan-tarikan MAHA 2016. Hadiah misteri menunggu pengunjung yang berjaya mengumpul cop di semua lokasi-lokasi yang perlu dilawati.


Hubungi MAHA
MAHA Secretariat Building 
MARDI Headquarters, 
43400 Seri Kembangan, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 
Tel : +603-8938 2494 
Fax : +603-8938 2507 
Website : www.maha.gov.my 
Email : infomaha@maha.gov.my